I'M NOT SUPER MINIVAN !






AFTER 10 MONTHS
Saturday, April 9, 2016 | 4/09/2016 05:30:00 PM | 0 comments





Dah nak dekat 10 bulan aku kerja.

Macam susah lagi nak percaya.

Ada duit sendiri, tolong family, buktikan yang aku bukan loser sebenarnya. At least aku mengurangkan beban bukan membebankan.

Dalam masa 10 bulan ni, hal kerja semua aku okay.

Exam perkhidmatan awam semua aku lulus. Sekarang tunggu PTM je.

Lepastu tunggu sah jawatan.

Semoga dipermudahkan hal kerja aku.


10 bulan kerja, aku tak rasa gaji aku sepenuhnya.

Sebab gigih membayar hutang- hutang sebelum ni. Hehe.



10 bulan aku kerja, alhamdulillah dapat bantu family aku siapkan rumah kiteorang.

Tu terpaling seronok sebenarnya.


Takde apa paling seronok dari tengok family aku happy, selesa. Insyaallah banyak lagi aku nak buat untuk family aku, untuk ma, untuk adik beradik.

Kalau la abah ada tengok semua ni. Mesti dia senyum. Mesti dia suka. 


Miss you abah.


Sekarang matlamat sekarang, kerja ikhlas, gaji berkat, bantu family, perbaiki diri.


Semoga dipermudahkan.

Older Post